Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Hai sume pembaca!! ni sambungan untuk entry yang lepas- Jika Itu Ketentuan-Nya - Part 1
Musim peperiksaan merupakan hari yang
amat padat dalam sibuk dalam kamus hidup seorang insan yang bergelar guru atau
lebih mesra jika mereka dipanggil ‘cikgu’. Kertas-kertas peperiksaan para pelajar
harus ditanda secepat yang mungkin kerana markah-markah mereka perlu di’key-in’
dalam database sekolah sebelum due date yang ditetapkan oleh pihak pengurusan
sekolah.
“Banyak lagi ke yang kau belum tanda,
Ieqa?”
“Banyak jugak la. Tapi, esok petang dah
boleh siap,kot. InsyaAllah. Kenapa kau tanya?”
“Saja je. Ingatkan nak ajak kau
keluar malam ni. Jalan-jalan. But, since you are busy. It’s ok, lah.”
“Owh… Sorry,k. Nanti masa cuti
sekolah aku keluar dengan kau, ye?”
“Ok.”
Aku kembali menanda kertas-kertas
peperiksaan yang tergendala sebentar tadi. Walaupun pada hakikatnya mataku
telah mengantuk, tapi, ku gagahi juga. Aku bangun ke dapur untuk membancuh air
panas.
Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi.
Siapa pulak yang call malam-malam buta ni. Getus hati kecilku seraya memandang
ke jam dinding yang telah menunjukkan pukul 2.15 pagi.
Aku lihat kes skrin telefon bimbitku.
Tertera nama ‘IPTHO-amir’. Kawan sekelasku semasa di IPGM Kampus Tun Hussein
Onn dulu. Aku segera menekan butang hijau.
“Helo, assalamualaikum,” jawabku.
“Waalaikumussalam.”
“Kenapa call malam-malam ni ya, Ustaz
Amir?”soalku sambil tergelak.
“Isy.. kalo x sekolah jangan la
panggil aku ustaz. Ko ni saja je tau.”
“Yela. Nape kau call ni?”
“Saja je. Kenapa tak tidur lagi ni?”
“Tanda kertas periksa student la.
Buat pe lagi.”
“Esok-esok ada masa lagi la, sayang.”
“Aku nak siapkan cepat. Nanti boleh
‘key-in’ dah hari Isnin ni,” jawabku tanpa menghiraukan panggilan sayang yang
digunakan oleh Amir tadi. Bukan aku tidak biasa. Memang sejak dari belajar
lagi, dia kerap menggunakan perkataan tersebut dalam pesanan-pesanan ringkasnya
kepadaku.
“Erm… ye la, Ieqa. Jangan sampai esok
tak bangun subuh pulak. Eh, ko tak rindu aku ke?” soalnya dengan soalan yang
juga telah kerap ku dengar.
“Entah. Biasa je. Kenapa?”
“Kau ni memang la. Heartless! Aku
bukan main lagi rindu kat kau. Kau sikit pun tak rindu kat aku,ya.”
“Kau macam tak kenal aku je. Aku
memang macam ni dari maktab dulu,kan?”
“Yela. Aku ingat kau dah dewasa ni
dah tak macam tu. Kalau macam ni la perangai kau, takut lelaki nak dekat tau!”
“Aku tak kisah. Tak ada yang nak
dekat pun tak apa. Aku ada gaji sendiri. Cukup nak sara hidup aku. Lebih lagi
ada,” jawabku sambil tergelak.
“Kau ni, Ieqa. Jangan macam tu. Aku
dah cakap dengan kau,kan. Kalau tak ada orang nak kau. Aku nak. Aku ada. Kau
jangan risau.”
“Yelah tu, Amir. Eh, aku kena sambung
tanda kertas budak-budak ni. Ada masa nanti aku call kau pulak,ya?”
“Erm.. setiap kali aku call kau kata
nak call aku balik. Tapi, sekali pun tak pernah kau call. Ok lah. Sambung la
kerja kau. Good night! Take care, ok?”
“Ok. Thanks for calling.”
“Welcome, sayang.”
Aku menghirup air panas yang telah
berasa hangat itu sebelum meneruskan kerja-kerjaku. Memanglah kalau diikutkan
hati, dah tak larat lagi nak buat. Tapi. Dek kerana tugas, aku merelakan diri
unutk bersengkang mata. Bukan selalu, cuma ketika musim peperiksaan sahaja.
“Ieqa! Bangun la!” jerit teman
serumahku, Ana.
Aku segera bangkit dan melihat kearah
jam di di dinding. Alamak! Da pukul 7! Jerit hati kecilku. Aku segera mencapai
tualaku dan bergegas ke bilik mandi.
Selesai mandi aku bersiap ala kadar
sahaja hari ini. Nasib baik aku telah menyediakan baju yang hendak dipakai
malam tadi. Kalau tidak, alamatnya aku pakai baju tak bergosok la hari ni. Aku
tersenyum sendirian mengenangkan nasib diri.
akan bersambung.... Jika Ini Ketentuan- Nya - Part 3
6 comments:
jap2..nie komen luar tajuk..
header baru la..nice2..:)
ok2.. xpe.. silakan komen ape pun.. aslkn yg m'bantu.. bukan membantut.. :) anyway, thnx! :D
my pleasure..=)
thnx 4 reading my blog!
always..an always be..
=) thnx again..
Post a Comment