cats

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

Friday, December 24, 2010

Self Protection.. ^_^...

Hurm.. almost a month I did'nt write anything here... so, today I'm going to share to all of u, what I read from CLEO magazine..

To help Prevent unhealthy eating habits and thoughts about foof and your body, make an effort to :-
  • Banish the "D" Word : Instead of calling it a diet, think of your food plan as a lifestyle change and investment in lengevty and good health.
  • Always eat three healthy meals a day : This will keep your metabolism, energy and moods in good shape.
  • Throw away your scales : Put them in a hard-to-reach place in the garage and only weigh yourself once  a week.
  • Spring clean your wardrobe : to get rid of all the clothes you've been holding on to just on case you ever manage to lose 5 kilos - they remind you of what you're not instead of you accepting the shape you are.
  • Notice and challenge negative thoughts about your body and focus on your assets e.g. " I have pretty eyes."
  • Look at other women : notice how they come in all shapes and sizes. Pick out attractive women who have shapely build or unusual but compelling faces - if you find them appealing you can surely learn to see yourself as attractive as well.
reference : CLEO November 2010 issue no. 181 ^_^..

Wednesday, December 1, 2010

KALAU PEREMPUAN TAK TAHU MEMASAK...SALAH KE?TAPI MACAM MANA KALAU LELAKI TAK BOLEH JADI IMAM???

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Disini saya ingin berkongsi sebuah article yg saya baca dari Facebook.. :)


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.
Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.
Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.
Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!



Renung2kn dan selamat beramal.. ;-)

Sunday, November 28, 2010

babysitter....

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pertama sekali, nk mntk maaf sebab da agak lama meninggalkan blog yg baru di bina nie. Kehidupanku menjadi sibuk apabila menjadi sukarelawan di rumah mak sedaraku yang lbey mesra dikenali sbg Cik Nor. Rumah yang terletak di Tmn Muzaffar Syah, Ayer Keroh, Melaka ini telah merakamkan pelbagai detik, suka dan duka sepanjang berada di sini. :-)

Sebenarnya xde lah lama sgt dah kat sini. Sampai sini hari Khamis yang lepas. Dihantar oleh adik lelakiku, Fadli dengan menaiki Ford Ranger kepunyaan abah. Hehe.. Fadli memang expert bab memandu nie. Aku expert gak, kalo kete or kenderaan automatik la.. kui3x.. 

Hari Jumaat la bermula segalanya. Naqib, Irsyad & Haris xnk pergi nursery. Malam 2 lagi dah ckp ngan ibu dyorg (Cik Nor) yang dyorg nak duduk ngan aku pada keesokan harinya. Cik Nor tanya gak kat aku, ak ok x. Aku cakap ok je. Xde masalah. Haha.. Padahal, macam-macam yang berlaku hari 2. Budak-budak ni nakal2 sungguh! x makan saman langsung! Memang la kan.. sebab dyorg makan nasi. Nak dijadikan cerita memang jenuh la nk melayan kerenah2 dyorg bertiga nie. Nasib baik si kembar , Maisarah & Ilyas dan dihantar ke nursery. Fuh!! kalo x... B'asap, beb!!! hahaha...

Malam 2, Cik Yan pulak ajak keluar. Bila tanya nk g mne, dy ckp ikut je. Aku pun malas la nak tanya lagi. Siap2, tggu sampai Cik Yan datang dengan myvi putihnya. Rupe2nye, dy bwk g uptown, depan MP berdekatan jugak dengan Menara Tamingsari. Jalan punya jalan, tiba Dina, anak sulung Cik Yan jerit, Ayah!!! Aku pun menoleh la. Mne datang la plak ayah budak nie. Td kuar ngan ibu dia je. Rupa-rupanya, Uncle Fazrol, suami Cik Yan da berniaga pulak kat uptown 2. B'niaga labu sayong. hehe.. Moga sukses ya dengan perniagaan uncle 2. InsyaAllah utk entry or post yg lain akan disertakan dengan gmbr2 labu sayong 2.. ;-)

Tgh2 syok2 meronda, tiba2 rase vibrate kat kocek jeans aku. Rupe2nya Cik Nor da msj. 
"Lme lagi ke? Baby 2-2 da nanges nie." Alamak! ciannye kat Cik Nor. Aku pun trus gtau kat Cik Yan. Tp, Cik Yan ni sume stall la plak dy nk sggh. Adoyai.. Ak da serba salah ngan Cik Nor. Ak balik umah da gelap. Alhamdulillah.. Sume da ok.. Baby da selamat tdo.

Malam ni plak, sekali lg si kembar meragam. Xnk tdo la plak. Nanges je.Cik Nor plak da penat seharian wat keje2 umah. Maklumlah, Cik Nor keje dr Isnin sampai Sabtu. Ahad je la mase utk Cik Nor nk setelkan keje2 umah. huhu.. Ak yg tengok ni pun rse penat. Xpelah, aku ambk tugas utk tidurkan si kembar 2. Seronok sgt sebab, dyorg t'tidur jugak akhirnya. Kat bahu aku lak 2. Memang x dinafikan la.. Lenguh gak tangan. Tp, xpe! Puas! Hehehe...

Erm.. esok b'mula minggu yang baru. Esok Cik Nor keje cm biase. B'silatla ak ngan budak2 b'tiga ni kat umah esok.. hahaha... Hope everything will be fine. Erm.. da byk gak cte utk post kali nie.. Ckup dlu la, ek.. Lenkali de masa, ak tulis lagi.. K.. c u!!!

~~~Wassalam~~~
p/s : de nk letak gmbo2 dak2 nie.. tp, internet connection low. Jd, mls nk tggu loading.. kui3.. lenkali la,ye... ;-)

Tuesday, November 23, 2010

Seribu Kali Cinta

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Mula-mula rasa macam xde ape nk tulis. Tiba-tiba datang pulak idea utk cerita pasal drama terbaru kesukaan saya nie. Buat masa ni, la kn. Kalo de cte lg best pasni, ske cte lain la plak. =)

Slot Akasia TV 3 : Seribu Kali Cinta

Erm.. mula2 ni biar la saya ctekan serba sedikit jalan cte drama nie. Memang la serba sedikit kan. Sebab sy bukan director ke, producer ke utk cte nie. Jadi, sy pun x taw sgt la. Erm.. cte ni bermula dengan Nizam (Kamal Adli) yang merupakan seorang yang diminati oleh ramai wanita telah melarikan diri ke Pulau Aman sebagai tanda protes terhadap ibu bapanya yang mendesak supaya dia berkahwin dengan Huda (Marsha Londoh). Setibanya Nizam di sana, dia telah terlihat Miasara ( Intan Ladyana) yang amat mesra dan suka melayan kanak-kanak.

Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh Nizam untuk memikat Miasara. Walau bagaimanapun, setiap kali terjaga dari tidur, Miasara tidak dapat mengingati perkara-perkara yang telah berlaku dalam dirinya. Hal ini demikian kerana, Miasara telah mengalami penyakit amnesia sejak dy mengalami kemalangan kira-kira 2 thn lepas.

Ramli (Cat) yang tidak jemu2 membantu Nizam.

Nizam tidak berputus asa dan tetap mahu memikat Miasara. Baginya, biarlah dia terpaksa mengungkapkan seribu kali cinta kepada Miasara asalkan Miasara dapat pulih dan menerima cintanya. Adakah Nizam bakal mendapatkan Miasara sebagai suri hatinya? Sama-sama kita nantikan. =)

Apa yang menarik minat sy ttg drama nia adalah betapa jujur dan ikhlasnya cinta seorang lelaki terhadap wanita yang baru dikenalinya. Benarlah kata orang, kita mengambil masa seminit untuk tertarik kpd seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari utk mencintai seseorang, tetapi mengambil masa seumur hidup utk melupakan seseorang yang kamu cintai...  . Tapi, bila difikirkan balik dalam zaman moden skrg ni, ada ke lg lelaki yang mcm 2? Erm.. kalo ada pun, sikit sangatla bilangannya.. huhuhu...

Ok lah.. Da x taw nk ckp pe lg.. Sampai cnie je lah utk hari nie... =)

~Wassalam~~



Sunday, November 21, 2010

Andai Seorang Lelaki itu Datang

This is one more post sharing from iluvislam.com....


Andai seorang lelaki datang kepadamu ketika kau perlukan teman...
Andai seorang lelaki datang kepadamu dengan ciri-ciri lelaki idaman...
Andai seorang lelaki datang menegur dan membuatmu terhibur...
Andai seorang lelaki datang menanyakan pendapatmu tentang dirinya...
Andai seorang lelaki datang menanyakan tentang ketampanan wajah dan keromantikan dirinya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang memintamu membetulkan kolar baju dan rambutnya...

Andai seorang lelaki datang kepadamu sambil merapatkan badannya kepadamu...
Andai seorang lelaki datang tanpa segan silu padamu walau dirimu sudah pemalu, sopan dan ayu...
Andai datang waktu itu, apakah tindakanmu...
MUNGKIN PADA PANDANGAN LELAKI ITU,
"Kau sangat comel pada mataku"
"Kau dah seperti adik kandungku"
"Lu keras macam tomboy takkan lu nak feeling dengan gua"
"Kau dan aku bukan alim sangat jadi tak perlu hipokrit"
"Kaulah kekasihku, kau perlukan belaian dan sokongan moral dariku"
"Aku tahu kau sunyi, aku tak kisah kalau aku kau nodai. Aku sudi dan sabar menanti"
"Oh, kau adalah bakal isteriku, aku harus berlatih dari sekarang 'menumpangkan' bahuku"
"Ku berbuat begini tiada yang tahu, kau takkan cerita pada orang lain"
TETAPI WAHAI PEREMPUAN, ADAKAH ITU YANG KAMU MAHU DAN DAMBAKAN? ADAKAH ITU YANG KAMU PERLUKAN?
Andai seorang lelaki itu datang...
Dan hanya dirimu pengawal gelanggang...
BERANIKAN diri untuk BERUNDUR
GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR
TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL!
Perempuan yang taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami
Perempuan yang sedar maruah dan keunikan diri
Perempuan yang takkan cair dengan pujukan rayu 'syaitan' lelaki
Perempuan yang punya jati diri, berundur kerana TAK MAHU SUAMINYA NANTI DIBAYANGI BEKAS TEMAN-TEMAN LELAKI.
Sesungguhnya, neraka itu hakiki...
Ingatlah wahai diri yang bernama perempuan,
Andai seorang lelaki itu datang...
Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan mata...
*please take this as compliments. did'nt post this entry if it contains nothing.. huhu..

Heartless??

Erm... do I need to be heartless? Maybe, the answer is YES! This is due to I had been failed in about 5 relationships. It's just that I had been thinking to be a heartless as my friends told me that some of the boys felt comfortable with me as I am a caring and loving person. They also told me that boys can easily cheat me as they felt that I am a naive person. Huh! Did all the incidents before this where my fault? Do I made a mistake by being  caring and loving?
 I had been thinking to write this post as my friend text me last night. She asked me whether I am ok or not. I am trying to be ok and plain. But, inside of me I still feel the pain. erm.. It's ok. Only Allah knows the best for me. For this time being, I hope that I can manage my heart and my feeling from falling to someone that is not sincere with me.

~wassalam~

* for those who were in a relationship, think about your partner's feeling before doing something.
* I hope that YOU will be happy with HER.

Saturday, November 20, 2010

Biarkan Cintamu Berkata Tidak!


Kerap diungkapkan, cinta itu buta?Apakah benar cinta itu buta? Apakah cinta orang beriman juga buta? Kalau buta yang dimaksudkan itu tidak mampu lagi melihat mana yang hak, yang mana batil, tentulah cinta orang yang beriman tidak buta.
Tidak! Cinta yang suci tidak buta. Orang beriman tetap celik walaupun sedang dilamun bercinta. Mereka masih tahu dan mampu melihat serta menilai yang mana baik, yang mana buruk, yang mana halal dan yang mana haram sewaktu bercinta.
Namun sekiranya buta yang dimaksudkan tidak nampak lagi segala kesusahan demi mendekatkan diri kepada yang dicintainya (Allah)... ya, cinta orang beriman memang buta. Orang yang beriman tidak nampak lagi ranjau duri untuk mendekatkan diri kepada Ilahi.
Pernah Sayidina Abu Bakar r.a. pernah berkata kepada anaknya, "jika aku menemui mu dalam perang Badar dahulu, aku sedikit pun tidak teragak-agak untuk membunuh mu!"
Mus'ab bin Umair pula pernah berkata kepada ibunya, "jika ibu punya 100 nyawa dan nyawa itu keluar satu persatu, saya tidak akan meninggalkan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad."
Ya, cinta orang beriman itu buta. Tetapi bukan buta melulu. Yang buta melulu hanyalah cinta orang yang lemah iman. Cinta itu telah dikotori oleh kehendak nafsu dan bujukan syaitan. Apa sahaja yang disuruh oleh nafsu dan dihasut oleh syaitan akan diikuti. Cinta buta oleh orang yang buta mata hatinya sanggup mengorbankan maruah, harga diri malah membunuh demi cintanya. Memang benar kata pepatah Arab, seseorang itu menjadi hamba kepada "apa" atau "siapa" yang dicintainya.
Kalau sudah cinta, kita jadi "buta" terhadap penderitaan, kesusahan dan segala keperitan demi menyukakan hati orang yang kita cintai. Oleh itu bertuah sekali jika orang atau apa yang kita cintai itu adalah orang yang baik atau sesuatu yang baik, maka kita akan menjadi hamba kepada orang yang baik dan kebaikan.
Sebaliknya, jika yang kita cintai adalah kejahatan atau orang yang jahat... kita akan diperhambai sentiasa kepada kejahatan. Firaun mati lemas kerana diperhamba kuasa. Manakala Qarun ditelan bumi akibat diperhamba harta. Dan berapa ramai negarawan, hartawan dan bangsawan yang kecundang kerana cintakan wanita?
Cinta Orang Mukmin
Orang mukmin itu sangat cinta kepada Allah. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat ke-165 : "Orang mukmin itu sangat bersangatan cintanya kepada Allah."
Justeru, cinta orang mukmin itu "buta" kepada sebarang kesusahan demi menunaikan perintah Allah. Orang mukmin rela mengorbankan segala kesukaan atau kesenangan dirinya apabila semua itu melanggar perintah Allah. Tidak ada istilah tidak apabila berdepan dengan perintah Allah. Mereka akan berpegang kepada prinsip "kami dengar, kami taat" setiap kali mereka mendengar ayat-ayat cinta (Al-Quran) yang datang daripada Allah.
Apabila berdepan dengan cinta Allah, segala cinta yang lain akan menjadi kecil dan terpinggir. Bayangkan kecintaan Rasulullah saw terhadap bapa saudaranya Abu Talib – orang yang membela dan melindunginya semasa susah dan senang. Bukan sahaja tubuh badan Rasulullah saw dipertahankan oleh Abu Talib tetapi beliau juga telah memberi kasih-sayang, perhatian, simpati dan empati yang tidak berbelah bagi kepada Nabi Muhammad saw.
Ya, Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Talib saling cinta mencintai. Bayangkan hingga ke saat-saat kematian Abu Talib, nabi Muhammad saw terus berdakwah, merayu dan membujuk agar bapa saudaranya itu beriman. Tetapi Subhanallah! Allah Maha Tahu dan Maha Berkuasa terhadap petunjuk dan hati para hamba-Nya. Hidayah milik Allah. Dan hidayah itu tidak diberikan-Nya kepada Abu Talib atas sebab-sebab yang hanya Dia yang mengetahuinya. Lalu matilah Abu Talib dalam keadaan tidak beriman...
Betapa sedihnya hati Rasulullah saw tidak dapat digambarkan lagi oleh kata-kata. Dan pada hari kematian Abu Talib, bersimpuhlah baginda dalam doa demi keselamatan ayah saudaranya yang telah pergi. Namun apa jawapan Allah? Allah menegur dan melarang baginda daripada berdoa untuk keselamatan Abu Talib. Kerana apa? Kerana Abu Talib tidak beriman. Walaupun Allah Maha mengetahui betapa cintanya Rasulullah saw... tetapi Allah mendidik hati seorang Nabi agar berkata tidak walaupun ketika hati terlalu cinta!
Begitulah jua jalur cinta yang luar biasa oleh insan-insan luar biasa sebelum diutuskan Nabi Muhammad saw. Bagaimana Nabi Nuh as, dididik oleh Allah agar berkata "tidak" ketika teringat dan merasa kasihan kepada anak dan isterinya yang derhaka. Menyusul kemudiannya Nabi Luth as yang diperintahkan meninggalkan keluarga yang tercinta tanpa boleh menoleh lagi ke belakang.
Menyusul lagi kemudiannya Nabi Ibrahim as yang pada mulanya rela berpisah dengan bapanya yang menyembah berhala, dan selepas itu rela pula menyembelih anaknya Nabi Ismail demi cintanya kepada Allah. Nabi Nuh, Luth, Ibrahim dan akhirnya Nabi Muhammad s.a.w telah berkata "tidak" kepada cinta-cinta yang lain kerana cinta mereka pada Allah. Lalu di manakah letaknya cinta kita?
Muhasabah Suami Isteri
Muhasabah kembali cinta antara suami-isteri yang mendasari dan menghiasi rumah tangga kita.... Apakah pernah cinta kita berkata, "tidak"? Ah, tanpa disedari kerap kali kehendak isteri atau suami diturutkan sahaja walaupun jelas bertentangan dengan kehendak Allah. Atau kekadang kita sudah bisu untuk menegur kesalahannya kerana terlalu sayang. Sudah ketara, tetapi masih dipandang sebelah mata. Sudah menonjol, tetapi kita pura-pura tidak nampak.
Kekadang ada isteri yang sudah semakin "toleransi" dalam hukum penutupan aurat. Malangnya, si suami biarkankan sahaja tudungnya yang semakin singkat, warnanya yang semakin garang, saiznya yang semakin sendat dan melekat... Ada masanya tangannya sudah terdedah melebihi paras yang dibenarkan, anak tudungnya telah terjulur dan helaian rambutnya sedikit berjuntaian... Itu pun masih didiamkan oleh si suami. Mengapa begitu? Mungkin kerana terlalu sayang...
Kekadang solatnya pasangan kita sudah mula culas. Tidak menepati waktu dan terlalu "ringkas" pula... Itu pun masih kita biarkan. Mungkin ketika si suami melangkah ke surau atau ke masjid, si isteri masih leka dengan aktiviti rumah yang tidak kunjung reda. Dan keutamaan menyegerakan solat tepat semakin hari semakin dipinggirkan. Pernah ditegur, tetapi mungkin kerana keletihan si isteri jadi sensitif dan merajuk. Tarik muka. Masam wajahnya. Maka suami jadi "jeran" dan mengalah untuk tidak menegur lagi. Kerana apa? Kerana sayang...
Si suami pula kekadang sudah semakin merosot pengamalan Islamnya. Kalau dulu rajin menghadiri kuliah, melazimi solat berjemaah, bersedekah dan berdakwah tetapi entah kenapa "semangat" Islamnya merudum tiba-tiba, roh dakwahnya meluntur, mula malas-malas, leka dengan program TV dan aktiviti-aktiviti yang tidak menyuburkan iman dan Islamnya... si isteri melihat dari dekat.
Itu perubahan yang membimbangkan, detik hati isteri. Ingin menegur, tapi malu. Ingin menasihati, takut dibentak. Dari sehari ke sehari kemerosotan itu dibiarkan. Akhirnya keinginan-keinginan itu menjadi dingin... biarlah dulu. Tunggulah lagi. Ah, semuanya... demi cinta!
Seakan telah dilupakan dahulu kita bernikah kerana Allah. Dihalalkan pergaulan kita antara suami isteri atas kalimah Allah. Ingat kembali kalimah syahadah dan istighfar yang diulang-ulang oleh Tok Khadi sebagai pembersihan hati dan taubat sebelum tangan dijabat untuk aku janji menerima satu amanah. Nikah diterima, ijab kabul dilafazkan dengan kehadiran wali dan saksi...dan bercintalah kita kerana Allah.
Itulah pangkal perkahwinan setiap pasangan muslim. Untuk mengekalkan cinta, relalah berkata tidak kepada kemungkaran yang dilakukan oleh pasangan kita. Berani dan tegalah berkata tidak apabila Allah dan hukum-Nya dipinggirkan oleh suami atau isteri kita.
Sayidina Abu Bakar pernah memerintahkan anaknya menceraikan isteri yang baru dikahwini oleh anaknya bila didapati anaknya itu mula culas solat berjemaah di masjid kerana leka melayani isteri barunya. Nabi Ibrahim pula pernah berkias agar anaknya Ismail menukar palang pagar rumahnya (isyarat menceraikan isterinya) apabila didapati isterinya itu tidak menghormati orang tua.
"Menghumban" Anak Ke Neraka
Jika kita undur selangkah ke belakang dalam pengamalan syariat, anak-anak akan undur sepuluh langkah ke belakang. Sedikit ibu-bapa tergelincir, terperosok anak ke dalam lubang kemungkaran. Sebab itu sering berlaku, apabila ibu tidak lengkap dalam menutup aurat anak-anak perempuannya akan lebih galak mendedahkan aurat. Lambat si bapa dalam mengerjakan solat, anak-anak akan berani pula meninggalkan solat. Sedikit ibu-bapa terpesona dengan dunia, anak-anak akan terleka dalam mencintainya!
Betapa ramai ibu-bapa yang hakikatnya "menghumban" anak mereka ke neraka kerana dibiarkan melakukan kejahatan tanpa teguran. Ada yang terlalu cintakan anak, hingga dibiarkan anak-anak tidak solat Subuh, konon katanya kasihan nanti anaknya mengantuk kerana kurang tidur. Ada pula anak-anak yang sudah besar panjang tetapi masih tidak dilatih berpuasa kerana tidak sampai hati anak-anak melihat anak-anak kelaparan dan kehausan. Apabila anak-anak pulang lewat malam, ada ibu-bapa yang begitu "sporting" berkata, "Biarlah... muda hanya sekali, biarkan mereka bersuka-suka, tumpang masih muda!"
Susah benarkah untuk melihat anak-anak, isteri atau suami bersusah-susah kerana Allah? Padahal kesusahan yang sedikit dan sementara di dunia ini adalah suatu yang lumrah demi mendapat kesenangan yang melimpah dan kekal abadi di akhirat kelak?
Jangan kita dibutakan oleh cinta nafsu kerana cinta nafsu itu bersifat melulu. Cintailah sesuatu kerana Allah, insya-Allah, cinta itu akan sentiasa celik untuk melihat kebenaran. Rela dan tegalah berkata tidak demi cinta. Cintalah Allah dan selalu menjaga hukum-hakam-Nya. Bila cinta kita kerana yang maha Baqa (kekal), maka itulah petanda cinta kita sesama manusia akan kekal.
Marah biar kerana Allah. Justeru kemarahan kerana Allah itulah yang akan menyuburkan rasa cinta kita. Bila hak Allah diabaikan, bila hukum-hakam-Nya dipinggirkan, katakan tidak... cegahlah kemungkaran itu dengan kuasa dan dengan kata-kata. Biarkan cinta mu berkata tidak! Insya-Allah cinta itu akan kekal sampai bila-bila...
Artikel iluvislam.com oleh : Ustaz Pahrol Mohd Juoi
*Bersama-samalah kita menilai kembali rasa kasih dan sayang kita terhadap manusia. "Cinta pada bunga, bunga akan layu ; Cinta pada harta, harta akan habis ; Cinta pada manusia, Manusia akan mati ; Cinta pada Allah, itulah cinta ABADI"
Sekian~~

Never say I LOVE YOU if.....


Just wanna share with you. Nothing here related to someone whether he/she alive or not. Although this is a very short poem, but, the content is such a thoughtful and meaningful speech. So, I am here to advice all of you, think deeply and carefully before you wanna say I LOVE YOU!!!!!

~wassalam~

First post of my new blog!!!!

Assalamualaikum for muslims & Greetings for non- muslims...

As this is my first post for my blog, there is not much of things that I would like to share with you. Actually, I got the idea to create a blog from a friend. It started when we had a conversation a few days before.

me : erm... nk wat pe ek cuti ni..? akk bosan la duk umah..
my friend : jom la wat blog,kak.. owg pun bru je wat blog nie.. sbb da x taw nak wat pe.. leh isi masa lapang ngan wat blog nie.. (she's smiling)
me : blog? erm... akk tkt akk x bg komitmen je.. kang kjp je post mcm2.. pas2, lme x update...
my friend : xpe,kak.. kalo de masa, kte post la pape.. kalo x, xpe..
me : ok.. T kalo akk wat, akk gtau awk ek..
my friend : ok, kak..

And.. today.. i created my own blog... credit to my beloved friend, Nur Hazirah Binti Azman for giving me ideas and moral support to create this blog... love u!!

that's all for now.. thank u....