cats

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

Monday, May 7, 2012

Jika Itu Ketentuan-Nya - Part 1


assalamualaikum dan salam sejahtera....
setelah lama x update blog atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.. sy kembali dgn hasil karya.. yg telah lama dikarang.. tp, x prnh publish... hahaha...

Seperti biasa bangkit sahaja daripada tidur, aku akan segera menunaikan solat subuh. Usai solat subuh, memang telah menjadi rutin harianku untuk memeriksa inbox di telefon bimbitku. Biasanya DIA akan menghantar pesanan ringkas kepadaku untuk mengucapkan selamat pagi dan ‘have a nice day’. Jangkaanku tidak salah apabila aku memeriksa telefon bimbitku, ternyata memang ada satu pesanan ringkas daripada DIA. Aku tersenyum gembira.
Walaubagaimanapun, kegembiraanku musnah setelah aku membaca pesanan ringkas daripada DIA itu. Aku terasa tidak berdaya untuk berdiri. Aku terduduk di tempat ak berdiri tadi. Aku tidak dapat gambarkan bagaimanakan perasaan aku ketika itu. Air mataku mengalir laju tanpa diminta.
“Sy Nk Awk Lupakn Sy Dan Semua Yg Prnh Berlaku Antara Kita…”
“Tp, Knape? Awk Da X Syg Sy Lg,Ke?”
“Syg Sy Pd Awk Akn B’kekkln Smpi Ble2..”
“Kalo Itu Yg Awk Nk, Sy Redha. Sy Sbg Perempuan, X Ada Kuasa Utk Menentukannya. Terima Kasih Atas Segalanya.”
Pelbagai cara telah aku lakukan untuk melupakan peristiwa tersebut. Aku telah cuba untuk menyayangi lelaki lain selain dia. Walau bagaimanapun, setiap kali aku mula untuk rapat dengan mana-mana lelaki, setiap kali itulah wajah dia terbayang-terbayang di mataku. Suaranya tengiang-ngiang di telingaku. Ya Tuhanku! Seandainya telah KAU takdirkan dia untukku, maka KAU dekatkanlah hatinya dengan hatiku. Jika kau takdirkan aku untuk orang lain, dan dia untuk org lain, maka KAU jauhkanlah hati kami daripada hati masing-masing supaya kami tidak akan menyesal kelak. Ya Tuhanku! Aku redha dengan segala kehendak-Mu, Ya Allah. Amin ya Rabbal ‘Alamin. Doaku setiap kali usai solat.
Aku masih ingat juga, sebaik sahaja berita kami telah berpisah diketahui oleh rakan-rakan, ada beberapa orang insan yang bernama lelaki ini mencuba nasib. Aku berikan jawapan yang sama kepada setiap daripada mereka. Jawapanku, “Maaf, aku masih belum bersedia untuk memulakan satu hubungan yang baru bersama dengan mana-mana lelaki lain lagi.”
Sejak itu juga, aku menanamkan azam dalam diriku bahawa selagi ‘DIA’ masih belum menjadi suami kepada sesiapa, aku masih ada peluang untuk menyambung kembali ikatan yang telah terputus antara kami. Sejak itulah aku telah menutup pintu hatiku untuk menerima cinta daripada mana-mana lelaki. Susah untuk aku menjadikan mereka lebih daripada seorang kawan. Malahan, ada yang mengatakan aku seorang wanita yang tidak berperasaan. Aku redha. 
Aku juga sedar, sekiranya aku menjadi mereka mungkin aku turut mengatakan begitu kepada wanita yang bersifat seperti aku ini. Aku sendiri tidak menyangka azam yang terbina hampir 10 tahun dulu, sangat memberikan kesan kepadaku sehingga ke hari ini. Aku sendiri tidak pasti sampai bilakah sekeping hati ini akan terus tertutup untuk kehadiran insan yang bernama lelaki.

akan bersambung.....  >>Jika Itu Ketentuan-Nya - Part 2

No comments:

Post a Comment