assalamualaikum dan salam sejahtera..
ni sambungan untuk post yg lalu - Jika Itu Ketentuan - Nya - Part 3
Aku berlari ke bilik untuk mengangkat
telefon bimbitku itu. Ya Allah! Aku terduduk. Aku terkesima apabila melihat
nama di skrin telefonku memaparkan nama ‘Iqbal’. Insan yang amat ak rindui
selama bertahun-tahun itu. Tanpa ku sedari, air hangat mengalir ke pipiku.
Menggeletar jariku untuk menekan butang hijau. Ana yang menyedari telefon
bimbitku itu masih tidak berhenti berbunyi, segera ke bilikku.
“Ieqa, kenapa ni?” Ana kaget melihat
keadaanku.
“Iq… Iq… Iqbal,”jawabku dengan
sedanku yang masih bersisa.
“Jawabla,Ieqa. Ini yang kau mahukan,
kan? Jawab, ya,” Ana memberikan semangat. Ana jugalah yang menekan butang hijau
di telefon bimbitku itu.
“As…… as… as.. Assalamualaikum,”
sapaku.
“Waalaikumussalam. Ieqa, is that
you?”
“Ya. Saya ni,” jawabku pendek.
“Owh.. Ingatkan orang lain tadi.
Takut juga awak dah tukar nombor. Tak sangka awak masih guna lagi nombor ni.”
“Erm…. Ya. Guna lagi. Cuma jarang.
Sebab ada nombor lagi satu.”
“Owh.. Ieqa sihat?”
“Alhamdulillah. Sihat. Iqbal?”
“Alhamdulillah, sihat juga. Ieqa,
Happy Birthday! Minta maaf, lambat pula ucap,” ucap Iqbal sambil tergelak
kecil. Mungkin mahu menyembunyikan kegugupannya walaupun aku masih dengan
suaranya yang teragak-agak itu.
“Thanks. Saya tak sangka awak masih
ingat lagi.”
Kami berbual panjang malam itu.
Macam-macam cerita kami kongsikan bersama. Seperti tidak ada apa-apa yang
pernah berlaku antara aku dan dia. Aku bahagia. Aku bersyukur, Ya Allah. Ini
adalah hadiah hari lahir yang amat berharga untukku.
bersambung lagi >> Jika Itu Ketentuan - Nya - Part 5
No comments:
Post a Comment