assalamualaikum dan salam sejahtera.. maaf.. lmbt pulak bg sambungan cte.. hehe.. tp, xpe kan.. bru cm surprise sket.. hihihi...
Masuk hari ini, sudah genap sebulan
aku bergelar seorang guru. Alhamdulillah aku semakin selesa dengan profesion
dan tugas-tugasku. Malahan aku berasa bangga dan gembira kerana cita-citaku
semenjak dari aku di bangku sekolah rendah lagi, kini menjadi kenyataan. Oh,
sebelum terlupa. Hari ini juga merupakan hari lahirku yang ke-26. Aku bersyukur
kerana masih lagi dikurniakan nikmat iman dan Islam sehingga sekarang.
Alhamdulillah.
Pagi-pagi lagi, Ana telah mengejutkanku
bangun dari tidur. Ada kejutan katanya. Entahlah sudah memang menjadi lumrah
agaknya, kalau hari lahir, ada sahaja yang ingin mengenakan. Tapi, itu semua
pengalaman. Bila lagi nak merasa seronok. Sementara masih single ni lah nak
berseronok dengan kawan-kawan.
“Selamat hari jadi, Ieqa!” ucap Ana
sambil menghulurkan sebuku kek hari jadi kepadaku.
“Terima kasih, Ana. Tak payah la
susah-susah macam ni,”jawabku dengan perasaan terharu sambil memeluk erat Ana.
Aku memang jenis yang sentimental sikit, touching pun ya juga. Bergenang air
mataku.
“La…. Kenapa touching lak ni?
Janganlah nangis, Ieqa. Gembira la sikit. Senyum,” kata Ana sambil menyeka air
mataku. Aku tersenyum bahagia. Aku amat
bersyukur kerana dikurniakan seorang kawan yang baik hati dan sangat mengambil
berat tentangku.
Tidak lama selepas itu, aku menerima
panggilan telefon daripada kampung. Mama dan abah yang telefon. Nak ucap
selamat hari jadi katanya. Alhamdulillah. Hubungan mama dan abah baik walaupun
pernah diduga beberapa kali sebelum ini. Hanya kesyukuran yang mampu aku
ucapkan kepadamu, Ya Allah.
Aku masih ingat ketika peristiwa
tersebut padaku, aku sedang berperang mengharungi peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia. Setiap kali aku menelefon mama, pasti mama akan menangis. Walau bagaimanapun,
mama hanya meminta aku bersabar dan menumpukan sepenuh perhatian kepada
peperiksaan yang akan aku tempuhi selain memohon aku berdoa untuk kesejahteraan
mama dan abah setiap kali selesai solat.
Saat aku selesai peperiksaan, aku
pulang ke rumah tanpa mengetahui apa-apa masalah yang sebenarnya berlaku dalam
keluargaku. Aku juga ingat aku sensitif apabila setiap daripada adik-beradik
aku hanya bercakap tentang masalah tersebut tanpa aku faham apa maksud mereka.
Aku merajuk seharian sehinggalah aku
diberitahu oleh adikku tentang masalah yang sebenar. Aku sudah dapat mengagak sebenarnya. Aku cuma
mahukan kepastian. Sejarah lama berulang kembali. Abah sekali lagi
menghancurkan harapan mama dan kami sekeluarga. Abah ada hubungan dengan wanita
lain.
“Ieqa, are you ok?” soal Ana lantas
menyedarkan aku daripada terperangkap dalam memori lama.
“Ok. Kau jangan risau la,” jawabku
sambil tersenyum kelat.
“Kalau tak ada apa-apa, kenapa kau
nangis ni?”
“Aku terharu la. Tak sangka kau
celebrate sampai macam ni sekali. Dengan kek sekali. Thanks, Ana.”
“Biasa je ni. Dahlah. Cukup-cukupla
sesi sedih-sedih ni. Jom potong kek.”
Terima kasih, Ya Allah kau satukan
kembali keluarga kami dan kau telah temukan aku dengan Ana, seorang teman yang
dapat berkongsi suka duka denganku,Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepadamu ku
berserah segalanya, Ya Allah.
Malam menjelma lagi. Begitulah resmi
alam ciptaan Allah. Berlalu siang muncullah malam dan begitulah sebaiknya.
Allah jadikan siang supaya manusia bertindak sebagai khalifah memakmurkan dunia
ini dengan sebaiknya. Allah menjadikan malam pula untuk manusia berehat dan
beribadat kepadanya pada ketika satu per tiga malam. Pada waktu itulah malaikat
turun ke bumi dan mengaminkan doa-doa yang dipohon oleh hamba-hamba Allah yang
memohon kepada-Nya. Aku berasa sangat tenang memerhatikan langit malam yang
dipenuhi dengan bintang-bintang dan cahaya bulan.
“Ieqa! Kau kat mana?” jerit Ana.
“Aku kat luar ni, kenapa?” soalku
kembali.
“Handset kau bunyi la. Tak nak angkat
ke?”
Aku keliru. Setahu aku, aku sedang
memegang handsetku di tangan. Aku mengambil angin malam sambil mendengar alunan
nasyid dari telefon bimbit kesayanganku ini. Aku segera masuk ke dalam rumah
untuk memastikan aku tidak tersilap dengar dengan pernyataan Ana tadi. Aku bertanya
kepada Ana. Barulah aku teringat yang aku bawa keluar sekali tadi, nombor
celcom. Ada satu lagi telefon bimbit yang aku gunakan nombor maxis. Ya Allah,
macam mana boleh lupa nie. Subhanallah.
akan bersambung >> Jika Itu Ketentuan-Nya Part 4
No comments:
Post a Comment