cats

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

Saturday, July 14, 2012

Semoga Cepat Sembuh hendaknya....

assalamualaikum....

erm.. lama x update blog.. mcm2 kekangan yg x dpt diketepikan skang nie.. t'lalu sibuk dgn itu dan ini.. erm.. hr ni jgk da msuk 2 mggu x blk muar.. biasanya jgn ckp la.. mmg tiap2 mggu balik.. minggu lepas g Konvensyen Fiqh kat UTM Skudai.. 2 yg x blk.. mggu ni pulak ade seminar kesedaran kanser.. macam2 pengetahuan baru dpt hari nie.. semua berkaitan dengan kesihatan wanita la.. seriau jgk ble penceramah 2 tnjuk gmbr2 kanser.. adoi... takut! YA ALLAH berikanlah kesihatan yang berpanjangan kepada kami... ameen~~

lepas tamat seminar.. tggu zohor.. lepas 2.. dengan lafaz BISMILLAH.. kami memulakan perjalanan ke parit jawa, muar.. tujuan utama untuk menziarahi ustaz kami yg kini sedang terlantar sakit.. doktor mengesahkan beliau menghidap minor strok.. sungguh sayu hati tatkala melihat ustaz kami yg merupakan seorang yang sangat ceria tiba-tiba hanya terbaring lemah.. x taw nk gmbrkn perasaan pada ketika itu bagaimana...

YA ALLAH, beri kekuatan kepada ustaz kami ini untuk meneruskan hari-hari yang mendatang... berikanlah kesihatan kepadanya, YA ALLAH.. agar dapat terus berdakwah menegakkan agamamu...

tatkala melihat isteri ustaz yang ceria.. sy t'fikir.. betapa kuat dan tabahnya isteri ustaz.. sedikit pun tidak mempamerkan riak sedih mahupun mengeluh dengan keadaan si suami demi memberi kekuatan dan semangat kepada suami tersayang.. semoga Allah merahmati keluarga kalian... semoga saya juga akan menjadi sekuat itu sekiranya telah bergelar isteri kelak... ameen~~

semoga keluarga ustaz dan ustaz sendiri terus bersabar dengan ujian yg mendatang ini..



sekian~~
Assalamualaikum....

No comments:

Post a Comment