cats

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

Tuesday, October 16, 2012

Jika Itu Ketentuan - Nya - Part 5


assalamualaikum.. 
setelah sekian lama tidak menyambung cerita...... sambungan dari Jika Itu Ketentuan - Nya - Part 4

Hari-hari berlalu seperti biasa. Cuma satu perkara yang berbeza. Bermula daripada sehari selepas hari lahirku yang lalu, setiap pagi sebelum ke sekolah aku akan menerima panggilan telefon daripada Iqbal. Kadang kala Iqbal yang mengejutkanku sekiranya malam itu dia tahu aku lewat masuk tidur. Perasaanku kini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Hanya Allah yang tahu betapa bahagia dan indahnya hidupku kini.

Suasana sekolah seperti biasa. Cuma aku agak sibuk menguruskan beberapa tugas untuk persiapan sambutan hari guru peringkat sekolah. Acara itu bakal diadakan dalam dua hari lagi. Maklumlah, mengajar di sekolah rendah, walaupun hari guru, namun tetap guru jugalah yang perlu menganjurkannya. Tapi tidak mengapa, itu semua telah menjadi tanggungjawabku, aku redha. Lagipun bukan susah sangat. Perlu letakkan beberapa hiasan di dewan. Siap semuanya. Kerusi-kerusi akan disusun oleh para pelajar dengan pantauan daripada pengawas-pengawas bertugas.

Sudah tiba waktu rehat. Tapi malas pula rasanya nak makan. Masih kenyang lagi mungkin aku bersarapan dengan makanan berat pagi tadi. Tanpa ku sedari ada sepasang mata yang memerhatikan gerak lakuku sejak dari tadi.

insyaAllah.. nntikn sambungannya...

No comments:

Post a Comment