Monday, May 21, 2012

Jika Itu Ketentuan - Nya - Part 4


assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

ni sambungan untuk post yg lalu - Jika Itu Ketentuan - Nya - Part 3


Aku berlari ke bilik untuk mengangkat telefon bimbitku itu. Ya Allah! Aku terduduk. Aku terkesima apabila melihat nama di skrin telefonku memaparkan nama ‘Iqbal’. Insan yang amat ak rindui selama bertahun-tahun itu. Tanpa ku sedari, air hangat mengalir ke pipiku. Menggeletar jariku untuk menekan butang hijau. Ana yang menyedari telefon bimbitku itu masih tidak berhenti berbunyi, segera ke bilikku.
“Ieqa, kenapa ni?” Ana kaget melihat keadaanku.
“Iq… Iq… Iqbal,”jawabku dengan sedanku yang masih bersisa.
“Jawabla,Ieqa. Ini yang kau mahukan, kan? Jawab, ya,” Ana memberikan semangat. Ana jugalah yang menekan butang hijau di telefon bimbitku itu.
“As…… as… as.. Assalamualaikum,” sapaku.
“Waalaikumussalam. Ieqa, is that you?”
“Ya. Saya ni,” jawabku pendek.
“Owh.. Ingatkan orang lain tadi. Takut juga awak dah tukar nombor. Tak sangka awak masih guna lagi nombor ni.”
“Erm…. Ya. Guna lagi. Cuma jarang. Sebab ada nombor lagi satu.”
“Owh.. Ieqa sihat?”
“Alhamdulillah. Sihat. Iqbal?”
“Alhamdulillah, sihat juga. Ieqa, Happy Birthday! Minta maaf, lambat pula ucap,” ucap Iqbal sambil tergelak kecil. Mungkin mahu menyembunyikan kegugupannya walaupun aku masih dengan suaranya yang teragak-agak itu.
“Thanks. Saya tak sangka awak masih ingat lagi.”
Kami berbual panjang malam itu. Macam-macam cerita kami kongsikan bersama. Seperti tidak ada apa-apa yang pernah berlaku antara aku dan dia. Aku bahagia. Aku bersyukur, Ya Allah. Ini adalah hadiah hari lahir yang amat berharga untukku.

No comments:

Post a Comment