Friday, May 18, 2012

Jika Itu Ketentuan - Nya - Part 3


assalamualaikum dan salam sejahtera.. maaf.. lmbt pulak bg sambungan cte.. hehe.. tp, xpe kan.. bru cm surprise sket.. hihihi...
  sambungan drpd >>  Jika Itu Ketentuan - Nya - Part 2
Masuk hari ini, sudah genap sebulan aku bergelar seorang guru. Alhamdulillah aku semakin selesa dengan profesion dan tugas-tugasku. Malahan aku berasa bangga dan gembira kerana cita-citaku semenjak dari aku di bangku sekolah rendah lagi, kini menjadi kenyataan. Oh, sebelum terlupa. Hari ini juga merupakan hari lahirku yang ke-26. Aku bersyukur kerana masih lagi dikurniakan nikmat iman dan Islam sehingga sekarang. Alhamdulillah.
Pagi-pagi lagi, Ana telah mengejutkanku bangun dari tidur. Ada kejutan katanya. Entahlah sudah memang menjadi lumrah agaknya, kalau hari lahir, ada sahaja yang ingin mengenakan. Tapi, itu semua pengalaman. Bila lagi nak merasa seronok. Sementara masih single ni lah nak berseronok dengan kawan-kawan.
“Selamat hari jadi, Ieqa!” ucap Ana sambil menghulurkan sebuku kek hari jadi kepadaku.
“Terima kasih, Ana. Tak payah la susah-susah macam ni,”jawabku dengan perasaan terharu sambil memeluk erat Ana. Aku memang jenis yang sentimental sikit, touching pun ya juga. Bergenang air mataku.
“La…. Kenapa touching lak ni? Janganlah nangis, Ieqa. Gembira la sikit. Senyum,” kata Ana sambil menyeka air mataku. Aku tersenyum bahagia.  Aku amat bersyukur kerana dikurniakan seorang kawan yang baik hati dan sangat mengambil berat tentangku.
Tidak lama selepas itu, aku menerima panggilan telefon daripada kampung. Mama dan abah yang telefon. Nak ucap selamat hari jadi katanya. Alhamdulillah. Hubungan mama dan abah baik walaupun pernah diduga beberapa kali sebelum ini. Hanya kesyukuran yang mampu aku ucapkan kepadamu, Ya Allah.
Aku masih ingat ketika peristiwa tersebut padaku, aku sedang berperang mengharungi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Setiap kali aku menelefon mama, pasti mama akan menangis. Walau bagaimanapun, mama hanya meminta aku bersabar dan menumpukan sepenuh perhatian kepada peperiksaan yang akan aku tempuhi selain memohon aku berdoa untuk kesejahteraan mama dan abah setiap kali selesai solat.
Saat aku selesai peperiksaan, aku pulang ke rumah tanpa mengetahui apa-apa masalah yang sebenarnya berlaku dalam keluargaku. Aku juga ingat aku sensitif apabila setiap daripada adik-beradik aku hanya bercakap tentang masalah tersebut tanpa aku faham apa maksud mereka. Aku merajuk seharian sehinggalah  aku diberitahu oleh adikku tentang masalah yang sebenar.  Aku sudah dapat mengagak sebenarnya. Aku cuma mahukan kepastian. Sejarah lama berulang kembali. Abah sekali lagi menghancurkan harapan mama dan kami sekeluarga. Abah ada hubungan dengan wanita lain.
“Ieqa, are you ok?” soal Ana lantas menyedarkan aku daripada terperangkap dalam memori lama.
“Ok. Kau jangan risau la,” jawabku sambil tersenyum kelat.
“Kalau tak ada apa-apa, kenapa kau nangis ni?”
“Aku terharu la. Tak sangka kau celebrate sampai macam ni sekali. Dengan kek sekali. Thanks, Ana.”
“Biasa je ni. Dahlah. Cukup-cukupla sesi sedih-sedih ni. Jom potong kek.”
Terima kasih, Ya Allah kau satukan kembali keluarga kami dan kau telah temukan aku dengan Ana, seorang teman yang dapat berkongsi suka duka denganku,Ya Allah. Sesungguhnya hanya kepadamu ku berserah segalanya, Ya Allah.  
Malam menjelma lagi. Begitulah resmi alam ciptaan Allah. Berlalu siang muncullah malam dan begitulah sebaiknya. Allah jadikan siang supaya manusia bertindak sebagai khalifah memakmurkan dunia ini dengan sebaiknya. Allah menjadikan malam pula untuk manusia berehat dan beribadat kepadanya pada ketika satu per tiga malam. Pada waktu itulah malaikat turun ke bumi dan mengaminkan doa-doa yang dipohon oleh hamba-hamba Allah yang memohon kepada-Nya. Aku berasa sangat tenang memerhatikan langit malam yang dipenuhi dengan bintang-bintang dan cahaya bulan.
“Ieqa! Kau kat mana?” jerit Ana.
“Aku kat luar ni, kenapa?” soalku kembali.
“Handset kau bunyi la. Tak nak angkat ke?”
Aku keliru. Setahu aku, aku sedang memegang handsetku di tangan. Aku mengambil angin malam sambil mendengar alunan nasyid dari telefon bimbit kesayanganku ini. Aku segera masuk ke dalam rumah untuk memastikan aku tidak tersilap dengar dengan pernyataan Ana tadi. Aku bertanya kepada Ana. Barulah aku teringat yang aku bawa keluar sekali tadi, nombor celcom. Ada satu lagi telefon bimbit yang aku gunakan nombor maxis. Ya Allah, macam mana boleh lupa nie. Subhanallah.

akan bersambung >> Jika Itu Ketentuan-Nya Part 4

No comments:

Post a Comment