Wednesday, May 9, 2012

Jika Itu Ketentuan - Nya - Part 2


Assalamualaikum dan salam sejahtera.... 
Hai sume pembaca!! ni sambungan untuk entry yang lepas- Jika Itu Ketentuan-Nya - Part 1

Musim peperiksaan merupakan hari yang amat padat dalam sibuk dalam kamus hidup seorang insan yang bergelar guru atau lebih mesra jika mereka dipanggil ‘cikgu’. Kertas-kertas peperiksaan para pelajar harus ditanda secepat yang mungkin kerana markah-markah mereka perlu di’key-in’ dalam database sekolah sebelum due date yang ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah.
“Banyak lagi ke yang kau belum tanda, Ieqa?”
“Banyak jugak la. Tapi, esok petang dah boleh siap,kot. InsyaAllah. Kenapa kau tanya?”
“Saja je. Ingatkan nak ajak kau keluar malam ni. Jalan-jalan. But, since you are busy. It’s ok, lah.”
“Owh… Sorry,k. Nanti masa cuti sekolah aku keluar dengan kau, ye?”
“Ok.”
Aku kembali menanda kertas-kertas peperiksaan yang tergendala sebentar tadi. Walaupun pada hakikatnya mataku telah mengantuk, tapi, ku gagahi juga. Aku bangun ke dapur untuk membancuh air panas.
Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Siapa pulak yang call malam-malam buta ni. Getus hati kecilku seraya memandang ke jam dinding yang telah menunjukkan pukul 2.15 pagi.
Aku lihat kes skrin telefon bimbitku. Tertera nama ‘IPTHO-amir’. Kawan sekelasku semasa di IPGM Kampus Tun Hussein Onn dulu. Aku segera menekan butang hijau.
“Helo, assalamualaikum,” jawabku.
“Waalaikumussalam.”
“Kenapa call malam-malam ni ya, Ustaz Amir?”soalku sambil tergelak.
“Isy.. kalo x sekolah jangan la panggil aku ustaz. Ko ni saja je tau.”
“Yela. Nape kau call ni?”
“Saja je. Kenapa tak tidur lagi ni?”
“Tanda kertas periksa student la. Buat pe lagi.”
“Esok-esok ada masa  lagi la, sayang.”
“Aku nak siapkan cepat. Nanti boleh ‘key-in’ dah hari Isnin ni,” jawabku tanpa menghiraukan panggilan sayang yang digunakan oleh Amir tadi. Bukan aku tidak biasa. Memang sejak dari belajar lagi, dia kerap menggunakan perkataan tersebut dalam pesanan-pesanan ringkasnya kepadaku.
“Erm… ye la, Ieqa. Jangan sampai esok tak bangun subuh pulak. Eh, ko tak rindu aku ke?” soalnya dengan soalan yang juga telah kerap ku dengar.
“Entah. Biasa je. Kenapa?”
“Kau ni memang la. Heartless! Aku bukan main lagi rindu kat kau. Kau sikit pun tak rindu kat aku,ya.”
“Kau macam tak kenal aku je. Aku memang macam ni dari maktab dulu,kan?”
“Yela. Aku ingat kau dah dewasa ni dah tak macam tu. Kalau macam ni la perangai kau, takut lelaki nak dekat tau!”
“Aku tak kisah. Tak ada yang nak dekat pun tak apa. Aku ada gaji sendiri. Cukup nak sara hidup aku. Lebih lagi ada,” jawabku sambil tergelak.
“Kau ni, Ieqa. Jangan macam tu. Aku dah cakap dengan kau,kan. Kalau tak ada orang nak kau. Aku nak. Aku ada. Kau jangan risau.”
“Yelah tu, Amir. Eh, aku kena sambung tanda kertas budak-budak ni. Ada masa nanti aku call kau pulak,ya?”
“Erm.. setiap kali aku call kau kata nak call aku balik. Tapi, sekali pun tak pernah kau call. Ok lah. Sambung la kerja kau. Good night! Take care, ok?”
“Ok. Thanks for calling.”
“Welcome, sayang.”
Aku menghirup air panas yang telah berasa hangat itu sebelum meneruskan kerja-kerjaku. Memanglah kalau diikutkan hati, dah tak larat lagi nak buat. Tapi. Dek kerana tugas, aku merelakan diri unutk bersengkang mata. Bukan selalu, cuma ketika musim peperiksaan sahaja.
“Ieqa! Bangun la!” jerit teman serumahku, Ana.
Aku segera bangkit dan melihat kearah jam di di dinding. Alamak! Da pukul 7! Jerit hati kecilku. Aku segera mencapai tualaku dan bergegas ke bilik mandi.
Selesai mandi aku bersiap ala kadar sahaja hari ini. Nasib baik aku telah menyediakan baju yang hendak dipakai malam tadi. Kalau tidak, alamatnya aku pakai baju tak bergosok la hari ni. Aku tersenyum sendirian mengenangkan nasib diri.



6 comments:

Anonymous said...

jap2..nie komen luar tajuk..
header baru la..nice2..:)

noruleareteaqah ishak said...

ok2.. xpe.. silakan komen ape pun.. aslkn yg m'bantu.. bukan membantut.. :) anyway, thnx! :D

Anonymous said...

my pleasure..=)

noruleareteaqah ishak said...

thnx 4 reading my blog!

Anonymous said...

always..an always be..

noruleareteaqah ishak said...

=) thnx again..

Post a Comment