Wednesday, May 16, 2012

Edisi Khas : Hari Guru 16 Mei 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Pejam celik.. pejam celik.. Eh, hari ni dan 16 Mei 2012.. Erm.. ape ek sambutan yang biasanya meriah masa 16 Mei nie?? hahaha.. konfem semua orang tahu dah kn... Mestilah HARI GURU...  :)

Alhamdulillah.. Saya pun bakal bergelar seorang guru suatu hari nanti.. Jika mengikut perkiraan, kira-kira 2 1/2 tahun lagi.. tamatlah pengajian saya di IPG dengan rasminya.. In Sya Allah.. Lepas 2, x taw la akan dipostingkan ke mana.. tp, mmg x dapat buat ape lah kn.. dalam surat tawaran dah termaktub yang saya akan bersedia untuk ditempatkan di mana-mana sekolah setelah tamat pengajian.. :)

Ni la surat tawaran msuk IPG.. baca perkara 6!! haha..

Alhamdulillah juga.. saya berada di mana sekarang hasil daripada didikan guru-guru yang saya sangat sayangi.. 2 tokoh pendidik UTAMA yang menjadi idola saya adalah En Ishak Bin Subari & Pn Noraini Bt Mahmood.. Erk??? Sape mereka berdua ni,ye? mesti x prnh dgr kn nama tokoh2 yang sy kagumi nie?? hehe.. mereka berdua inilah yang menyebabkan saya lahir ke muka bumi ini.. ABAH dan MAMA saya yang tercinta!! merekalah yang memberikan didikan awal kepada saya.. bermula dengan rasminya saya mendapat pendidikan di dunia ini apabila abah membaca iqamah di telinga kiri saya pada 2 Mac 1990 sehinggalah sekarang.... abah dan mama masih tidak putus-putus memberikan nasihat dan dorongan kepada saya... :)

Selain itu, guru-guru yang telah mengajar saya daripada kecik sampailah besar nie.. terima kasih diucapkan.. kredit kepada guru-guru SK BUKIT TUNGGAL, Segamat ; SK SERI JONG, Muar, SA SERI JONG, Muar ; SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI RAWANG, Selangor ; KOLEJ MATRIKULASI JOHOR ; dan IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN..

tanpa didikan daripada guru-guru semua, siapalah saya.. Tanpa guru-guru semua, entahlah di mana la saya berada sekarang agaknye.... TERIMA KASIH, CIKGU!!



sedikit renungan bersama :

“Belajarlah ilmu, belajarlah ilmu untuk ilmu dan tunduk patuhlah kepada orang yang kamu belajar ilmu dari mereka.” – Riwayat At-Thabrani.

berdasarkan hadis diatas dinyatakan dengan jelas bahawa, tunduk patuhlah kepada orang yang kamu belajar ilmu dari mereka.. siapa mereka nie? Mestilah cikgu kan.. kalau hadis pun da pesan kepada kita untuk hormat cikgu2@guru-guru kita... xkanlah kita nk wat x taw je kan kandungan hadis nie... Renung2kn dan selamat beramal~~

Sekian~~



2 comments:

Jijie said...

best :) 5 bintang :)

noruleareteaqah ishak said...

haha.. best la sgt kn.. biase2 je...

Post a Comment