Saturday, August 6, 2011

Ramadhan.. Ramadhan..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. :)
Alhamdulillah.. hr ni msuk hr ke-6 bulan mulia Ramadhan ini.. setakat nie?? Mcm mne puasa anda? Mcm mane amalan anda? Adakah masih same dgn bulan2 yang lain? Ataupun ade peningkatan walaupun sedikit? Atau lebih sedikit? Nauzubillah hi min zalik… Harapnye sume dpt menjalani ibadah puasa dengan baik..  :)
Hari n ink kongsi sama2 sedikit sebanyak maklumat yang saya dpt masa ceramah Istiqbal Ramadhan(Kedatangan Ramadhan) yg berlangsung mggu lps. Da lame rse nk kongsi. Tp, mcm2 hal kena selesaikan jd tiada masa yang sesuai untuk post kat cnie.. maaf ye.. agak lambat.. tp, harap bermanfaat.

Amal Rasulallah S.A.W dan Sahabat Sebelum, Semasa dan Sesudah Ramadhan
*      - Berdoa bermula daripada bulan rejab supaya diberikan kesihatan, kesejahteraan dan dapat sampai ke Bulan Ramadhan.
*      - Berpuasa sebanyak mungkin di bulan Syaaban.
*      - Saling bermaafan menjelang Ramadhan. (terutama sekali kpd ibu bapa)
   *bkn tggu Raya je taw mntk maaf! J
*     -  Menilai amalan 6 bulan berikutnya setelah Ramadhan.

Keadaan Kaum Muslimin ketika menjelang Ramadhan
*      Merasa berat dengan kehadiran Ramadhan.
-          Terdapat segelintir kaum muslimin yang merasakan bulan Ramadhan sebagai beban kepada mereka. Pada siang hari, mereka terpaksa menahan diri daripada makan dan minum. Manakala, pada sebelah malam pula solat terawih. Mereka sering memberi alasan bahawa masih banyak perkara yang perlu diselesaikan untuk mengelakkan diri daripada menunaikan solat sunat terawih.
*      Menganggap biasa dan Hal rutin
-          Keadaan yg ke-2 adalah kaum muslimin yang tidak memuliakan bulan Ramadhan. Pada mereka, bulan Ramadhan ini sama sahaja dengan bulan2 yang lain. Oleh itu, proses untuk meningkatkan amalan dan sebagainya dipandang enteng.
*      GEMBIRA DAN MERINDUKAN RAMADHAN
-          Alhamdulillah! Bagi mereka yang termasuk dalam golongan ini sesungguhnya anda seorang yang mulia. insyaAllah. Sesungguhnya terdapat banyak kebaikan dan rahmat dalam bulan Ramadhan ini. Oleh itu mengapa kita perlu merasa terbeban dengan bulan Ramadhan ini? Mengapa kita masih menganggap bahawa bulan Ramadhan masih sama dengan bulan yg lain? Anda bijak! Anda fikir2kanlah.

 Sekian sahaja post utk kali ni.. insyaAllah.. jika ada kelapangan.. saya b’kongsi lg dgn anda semua.. terima kasih kerana membaca! Salam Ramadhan!

No comments:

Post a Comment