Mula-mula rasa macam xde ape nk tulis. Tiba-tiba datang pulak idea utk cerita pasal drama terbaru kesukaan saya nie. Buat masa ni, la kn. Kalo de cte lg best pasni, ske cte lain la plak. =)
Slot Akasia TV 3 : Seribu Kali Cinta
Erm.. mula2 ni biar la saya ctekan serba sedikit jalan cte drama nie. Memang la serba sedikit kan. Sebab sy bukan director ke, producer ke utk cte nie. Jadi, sy pun x taw sgt la. Erm.. cte ni bermula dengan Nizam (Kamal Adli) yang merupakan seorang yang diminati oleh ramai wanita telah melarikan diri ke Pulau Aman sebagai tanda protes terhadap ibu bapanya yang mendesak supaya dia berkahwin dengan Huda (Marsha Londoh). Setibanya Nizam di sana, dia telah terlihat Miasara ( Intan Ladyana) yang amat mesra dan suka melayan kanak-kanak.
Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh Nizam untuk memikat Miasara. Walau bagaimanapun, setiap kali terjaga dari tidur, Miasara tidak dapat mengingati perkara-perkara yang telah berlaku dalam dirinya. Hal ini demikian kerana, Miasara telah mengalami penyakit amnesia sejak dy mengalami kemalangan kira-kira 2 thn lepas.
Ramli (Cat) yang tidak jemu2 membantu Nizam. |
Nizam tidak berputus asa dan tetap mahu memikat Miasara. Baginya, biarlah dia terpaksa mengungkapkan seribu kali cinta kepada Miasara asalkan Miasara dapat pulih dan menerima cintanya. Adakah Nizam bakal mendapatkan Miasara sebagai suri hatinya? Sama-sama kita nantikan. =)
Apa yang menarik minat sy ttg drama nia adalah betapa jujur dan ikhlasnya cinta seorang lelaki terhadap wanita yang baru dikenalinya. Benarlah kata orang, kita mengambil masa seminit untuk tertarik kpd seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari utk mencintai seseorang, tetapi mengambil masa seumur hidup utk melupakan seseorang yang kamu cintai... . Tapi, bila difikirkan balik dalam zaman moden skrg ni, ada ke lg lelaki yang mcm 2? Erm.. kalo ada pun, sikit sangatla bilangannya.. huhuhu...
Ok lah.. Da x taw nk ckp pe lg.. Sampai cnie je lah utk hari nie... =)
~Wassalam~~
No comments:
Post a Comment