cats

PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

Thursday, July 28, 2011

Kenapa Subuh Petanda Kekuatan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ok, hari ni sy nk kongsi pasal perkara yang berkait rapat ngan semua owg.. kalo tgk tajuk pun da taw kn.. mesti pasal bgn subuh.. mmg x dpt dinafikan.. kalo da tdo 2.. fuh!! punya la payah nk t'jaga waktu subuh 2.. kalo kat rumah 2.. selg mak ayah x bsg2 kejut bgn.. x bgn.. isy3.. ni yg nk kongsi nie.. sbg motivasi utk kte b'sama supaya semangat nak bgn subuh.. slmt m'baca!

Waktu subuh adalah waktu perdana kepada kehidupan buat seseorang insan. Inilah waktunya apabila bermulanya kehidupan setelah insan mati buat sementara. Tidak menghairankan bahawa waktu subuh adalah salah satu daripada lima waktu solat yang wajib disempurnakan.
Waktu subuh hari adalah ujian kepada segala kekuatan. Kekuatan untuk bangun di awal pagi melepaskan diri daripada dakapan erat syaitan yang membisikkan, kekuatan untuk terus bingkas keluar dari litupan selimut hangat dan bantal empuk, malahan kekuatan untuk mengenakan air yang dingin ke muka, tangan, dahi dan ke kaki sebelum lantas bergerak ke tempat istimewa dan bermunajat bersama-sama insan pilihan Tuhan. Ini adalah kekuatan yang luar biasa yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja selagi dia mempunyai keinginan jiwa yang tinggi.
Perkara yang sama ini juga telah dijadikan indikator dan penanda aras kepada kekuatan generasi pejuang ketika berlakunya peperangan-peperangan besar di zaman yang terdahulu. Kekuatan kebangkitan dan kekuatan barisan ketenteraan bukanlah kepada fizikal dan persiapan kelengkapan semata-mata, malahan persiapan yang lebih penting ialah persiapan kekuatan generasi pejuang di dalam menagih simpati untuk menang daripada Ilahi.
Tidak hairanlah bahawa inilah penanda kekuatan yang telah digunakan oleh Solahuddin al Ayyubi dahulunya sebelum menang ketika mendepani kekuatan tentera Salib yang merupakan kesatuan gabungan ketenteraan daripada 22 buah negara-negara Eropah.
Tidak hairanlah juga bahawa soalan-soalan yang ditujukan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh mengikut urutan menggambarkan peringkat kekuatan seseorang. Lima waktu solat fardhu kemudian solat rawatib dan kemudiannya solat tahajjud. Di waktu penghujung malam sehingga subuh itu dijadikan indikator terakhir kepada kekuatan para pejuangnya. Tidak dapat dibayangkan di manakah kedudukan kita jika berada di dalam barisan tentera baginda al-Fateh. Mungkin juga kita dan barisan pemuda kebangkitan kini bakal berada di barisan tercorot sekali.
Di atas alasan yang sama inilah juga menyebabkan agen-agen KGV di Chechnya dan agen-agen Gaddafi di Libya akan menangkap pemuda-pemuda yang bersolat subuh secara berjamaah dengan keyakinan bahawa mereka adalah pemuda kebangkitan yang bakal menggegarkan kerajaan Russia dan Libya.
Setelah kau berkeringat menyiapkan semua kelengkapan. Setelah kau canangkan semangat ke seluruh negara. Setelah kau iklankan kepada dunia seluruhnya. Namun, jangan lupa untuk menagih simpati dan pertolongan daripada Pemberi Kemenangan yang hakiki.
Wahai teman seperjuangan ! Sekiranya kita ingin memiliki kemenangan, jangan alpa dengan kekuatan yang ada pada waktu subuh, walhal terang dan nyata bahawa ianya merupakan petunjuk agung ciptaan Ilahi. Untukmu teman pejuang, inilah permulaan kepada semua kekuatan yang sebenar.
Ingatlah sumpahan Pemilik kepada segala kerajaan agar kita bisa meraih kemenangan.

Solat merupakan waktu dimana setiap hamba itu sangat dekat dengan Allah. InsyaAllah..


sumber : iluvislam.com (karya Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainudin..)

Monday, July 25, 2011

Serlah Potensi Diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

agak jarang utk sy update blog 2 kali dlm sehr.. Cuma apabila terbaca karya ini.. terasa mahu berkongsi dengan semua.. Jom baca! Mungkin sedikit sebanyak mampu memberikan kita motivasi untuk menempuhi kehidupan yang semakin mencabar ini.. :-)

Menoleh ke dalam diri
Usah terasa kecil
Lihatlah apa uniknya diri
Pasti ada sesuatu yang menarik
Allah tidak mencipta sesuatu dengan sia-sia

Untuk menggapai kecemerlangan
Mungkin ada pada bakat dan kemahiran
Yang perlu digilap

Manusia perlu sedar
Perlu ada anjakan paradigma dalam
Nilai diri positif
Fokus pada positif
Ada sesuatu yang lebih bererti
Moga terus cemerlang
Membaiki kekurangan diri

Pupuk bakat dan minat
Suluhlah ke dalam diri
Agar terkilau sebutir mutiara
Perlu dibajai setiap hari
Agar kemilaunya bergemerlapan
Menyemarak diri




Sumber : Majalah NUR (petikan daripada buku Terima Kasih Tuhan Atas Cinta Ini karya Zuhriah Mohamad Juoi)

warna-warna kehidupan 2.. :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
erm.. lme jgk rse bru nk update yg bru ek.. mntk maaflah.. mcm2 bnda nk kna wat.. bkn ngadap laptop je.. hehe.. ok, kali ni kte smbung ek ttg warna-warna yang laen plak.. 


Merah - dalam spektrum warna, merah merupakan warna yg plg 'hangat'. Warna merah dapat merangsang badan dan pemikiran serta memperbaiki peredarannya. Warna merah juga sangat berkesan untuk menarik perhatian seseorang. Walaubagaimanpun, anda tidak digalakkan menggunakan warna merah dengan keterlaluan, lebih baik dgn jumalah yang sedikit pada tempat dan keadaan yang bersesuaian. Merah juga boleh menampilkan ciri elegan dan menambah banyak karakter pada skema-skema warna kedua-dua kontemporari mahupun tradisional.

Merah jambu - merah jambu@ pink seringkali dikaitkan dengan keremajaan dan keseronokan. Merah jambu merupakan warna yang menampilkan kegembiraan, ceria dan adakalanya seperti 'bebas daripada masalah'. Ia juga turut dibayangkan sebagai warna romantik dan rasa kelembutan. 
Fakta yg menarik : merah jambu merupakan warna yang sesuai dan tepat untuk cinta.

Jingga - Jingga merupakan warna yg terhampir dengan merah. Ia berkait rapat dengan masa-masa seronok, suka ria dan hari-hari yang bertenaga. Berbanding warna-warna yg lain, terdapat kesan-kesan positif dan negatif yang kuat pd warna jingga. Warna jingga asli melahirkan rasa 'sangat suka' atau 'sangat benci' pada seseorang. Bagi tema tradisional, tidak sesuai menggunakan warna ini.

Coklat - Coklat menyatakan kestabilan, kebolehpercayaan, setiakawan, dan senang didekati. Coklat ialah warna bumi (tanah) dan dikaitkan dengan semua unsur semulajadi dan organik.Ia juga mampu memberi suasana nyaman den selesa. Coklat boleh dipadakan dengan warna 'garang' atau warna 'hangat'.

Hitam - Warna hitam adalah persepsi bagi kuasa, kekuatan,elegan, misteri dan mewah. Ia juga warna kebijaksanaan selain menunjukkan stail 'tak lekang dek zaman' dan satu warna penegasan yang cntik untuk hiasan dalaman di rumah anda mahupun di pejabat. Hitam juga menunjukkan ciri 'serius' yang dapat membangkitkan emosi yang kuat. Hasil gabungan hitam dan putih biasenya memperlihatkan ciri sangat moden.

Putih - Putih menzahirkan ketulenan dan kesucian. Ia adalah gabungan semua warna yang ada dalam spektrum warna. Ia juga digunakan untuk menghasilkan kesan neutral.

Roda warna

Sekian.. Tima kasih sebab sudi baca.. :) semoga bermanfaat utk anda semua.
Sumber : Majalah Nur 
p/s : nk taw lebih banyak lagi pasal warna leh klik disini