Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan.. :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni cume nk update 1 post pendek je.. cume nk ucap.. selamat b'puasa untuk seluruh umat islam x kira dimana jua anda berada. Bulan Ramadhan merupakan madrasah terbaik untuk mengubah diri kearah yang lebih baik.. manfaatkan bulan Ramadhan dengan sebaiknya.
Selain itu, digalakkan untuk saling bermaafan menjelang bulan Ramadhan ni.. diharapkan semua dapat menjalani ibadah puasa dengan baik dan mendapat keredhaan-Nya.. Ameen~~

Thursday, July 28, 2011

Kenapa Subuh Petanda Kekuatan?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ok, hari ni sy nk kongsi pasal perkara yang berkait rapat ngan semua owg.. kalo tgk tajuk pun da taw kn.. mesti pasal bgn subuh.. mmg x dpt dinafikan.. kalo da tdo 2.. fuh!! punya la payah nk t'jaga waktu subuh 2.. kalo kat rumah 2.. selg mak ayah x bsg2 kejut bgn.. x bgn.. isy3.. ni yg nk kongsi nie.. sbg motivasi utk kte b'sama supaya semangat nak bgn subuh.. slmt m'baca!

Waktu subuh adalah waktu perdana kepada kehidupan buat seseorang insan. Inilah waktunya apabila bermulanya kehidupan setelah insan mati buat sementara. Tidak menghairankan bahawa waktu subuh adalah salah satu daripada lima waktu solat yang wajib disempurnakan.
Waktu subuh hari adalah ujian kepada segala kekuatan. Kekuatan untuk bangun di awal pagi melepaskan diri daripada dakapan erat syaitan yang membisikkan, kekuatan untuk terus bingkas keluar dari litupan selimut hangat dan bantal empuk, malahan kekuatan untuk mengenakan air yang dingin ke muka, tangan, dahi dan ke kaki sebelum lantas bergerak ke tempat istimewa dan bermunajat bersama-sama insan pilihan Tuhan. Ini adalah kekuatan yang luar biasa yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja selagi dia mempunyai keinginan jiwa yang tinggi.
Perkara yang sama ini juga telah dijadikan indikator dan penanda aras kepada kekuatan generasi pejuang ketika berlakunya peperangan-peperangan besar di zaman yang terdahulu. Kekuatan kebangkitan dan kekuatan barisan ketenteraan bukanlah kepada fizikal dan persiapan kelengkapan semata-mata, malahan persiapan yang lebih penting ialah persiapan kekuatan generasi pejuang di dalam menagih simpati untuk menang daripada Ilahi.
Tidak hairanlah bahawa inilah penanda kekuatan yang telah digunakan oleh Solahuddin al Ayyubi dahulunya sebelum menang ketika mendepani kekuatan tentera Salib yang merupakan kesatuan gabungan ketenteraan daripada 22 buah negara-negara Eropah.
Tidak hairanlah juga bahawa soalan-soalan yang ditujukan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh mengikut urutan menggambarkan peringkat kekuatan seseorang. Lima waktu solat fardhu kemudian solat rawatib dan kemudiannya solat tahajjud. Di waktu penghujung malam sehingga subuh itu dijadikan indikator terakhir kepada kekuatan para pejuangnya. Tidak dapat dibayangkan di manakah kedudukan kita jika berada di dalam barisan tentera baginda al-Fateh. Mungkin juga kita dan barisan pemuda kebangkitan kini bakal berada di barisan tercorot sekali.
Di atas alasan yang sama inilah juga menyebabkan agen-agen KGV di Chechnya dan agen-agen Gaddafi di Libya akan menangkap pemuda-pemuda yang bersolat subuh secara berjamaah dengan keyakinan bahawa mereka adalah pemuda kebangkitan yang bakal menggegarkan kerajaan Russia dan Libya.
Setelah kau berkeringat menyiapkan semua kelengkapan. Setelah kau canangkan semangat ke seluruh negara. Setelah kau iklankan kepada dunia seluruhnya. Namun, jangan lupa untuk menagih simpati dan pertolongan daripada Pemberi Kemenangan yang hakiki.
Wahai teman seperjuangan ! Sekiranya kita ingin memiliki kemenangan, jangan alpa dengan kekuatan yang ada pada waktu subuh, walhal terang dan nyata bahawa ianya merupakan petunjuk agung ciptaan Ilahi. Untukmu teman pejuang, inilah permulaan kepada semua kekuatan yang sebenar.
Ingatlah sumpahan Pemilik kepada segala kerajaan agar kita bisa meraih kemenangan.

Solat merupakan waktu dimana setiap hamba itu sangat dekat dengan Allah. InsyaAllah..


sumber : iluvislam.com (karya Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainudin..)

Monday, July 25, 2011

Serlah Potensi Diri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

agak jarang utk sy update blog 2 kali dlm sehr.. Cuma apabila terbaca karya ini.. terasa mahu berkongsi dengan semua.. Jom baca! Mungkin sedikit sebanyak mampu memberikan kita motivasi untuk menempuhi kehidupan yang semakin mencabar ini.. :-)

Menoleh ke dalam diri
Usah terasa kecil
Lihatlah apa uniknya diri
Pasti ada sesuatu yang menarik
Allah tidak mencipta sesuatu dengan sia-sia

Untuk menggapai kecemerlangan
Mungkin ada pada bakat dan kemahiran
Yang perlu digilap

Manusia perlu sedar
Perlu ada anjakan paradigma dalam
Nilai diri positif
Fokus pada positif
Ada sesuatu yang lebih bererti
Moga terus cemerlang
Membaiki kekurangan diri

Pupuk bakat dan minat
Suluhlah ke dalam diri
Agar terkilau sebutir mutiara
Perlu dibajai setiap hari
Agar kemilaunya bergemerlapan
Menyemarak diri




Sumber : Majalah NUR (petikan daripada buku Terima Kasih Tuhan Atas Cinta Ini karya Zuhriah Mohamad Juoi)

warna-warna kehidupan 2.. :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
erm.. lme jgk rse bru nk update yg bru ek.. mntk maaflah.. mcm2 bnda nk kna wat.. bkn ngadap laptop je.. hehe.. ok, kali ni kte smbung ek ttg warna-warna yang laen plak.. 


Merah - dalam spektrum warna, merah merupakan warna yg plg 'hangat'. Warna merah dapat merangsang badan dan pemikiran serta memperbaiki peredarannya. Warna merah juga sangat berkesan untuk menarik perhatian seseorang. Walaubagaimanpun, anda tidak digalakkan menggunakan warna merah dengan keterlaluan, lebih baik dgn jumalah yang sedikit pada tempat dan keadaan yang bersesuaian. Merah juga boleh menampilkan ciri elegan dan menambah banyak karakter pada skema-skema warna kedua-dua kontemporari mahupun tradisional.

Merah jambu - merah jambu@ pink seringkali dikaitkan dengan keremajaan dan keseronokan. Merah jambu merupakan warna yang menampilkan kegembiraan, ceria dan adakalanya seperti 'bebas daripada masalah'. Ia juga turut dibayangkan sebagai warna romantik dan rasa kelembutan. 
Fakta yg menarik : merah jambu merupakan warna yang sesuai dan tepat untuk cinta.

Jingga - Jingga merupakan warna yg terhampir dengan merah. Ia berkait rapat dengan masa-masa seronok, suka ria dan hari-hari yang bertenaga. Berbanding warna-warna yg lain, terdapat kesan-kesan positif dan negatif yang kuat pd warna jingga. Warna jingga asli melahirkan rasa 'sangat suka' atau 'sangat benci' pada seseorang. Bagi tema tradisional, tidak sesuai menggunakan warna ini.

Coklat - Coklat menyatakan kestabilan, kebolehpercayaan, setiakawan, dan senang didekati. Coklat ialah warna bumi (tanah) dan dikaitkan dengan semua unsur semulajadi dan organik.Ia juga mampu memberi suasana nyaman den selesa. Coklat boleh dipadakan dengan warna 'garang' atau warna 'hangat'.

Hitam - Warna hitam adalah persepsi bagi kuasa, kekuatan,elegan, misteri dan mewah. Ia juga warna kebijaksanaan selain menunjukkan stail 'tak lekang dek zaman' dan satu warna penegasan yang cntik untuk hiasan dalaman di rumah anda mahupun di pejabat. Hitam juga menunjukkan ciri 'serius' yang dapat membangkitkan emosi yang kuat. Hasil gabungan hitam dan putih biasenya memperlihatkan ciri sangat moden.

Putih - Putih menzahirkan ketulenan dan kesucian. Ia adalah gabungan semua warna yang ada dalam spektrum warna. Ia juga digunakan untuk menghasilkan kesan neutral.

Roda warna

Sekian.. Tima kasih sebab sudi baca.. :) semoga bermanfaat utk anda semua.
Sumber : Majalah Nur 
p/s : nk taw lebih banyak lagi pasal warna leh klik disini




Sunday, July 17, 2011

warna-warna kehidupan... ^_^

salam... bertemu lg kte di entry yg seterusnya.. erm.. hari ni nk kongsi psl warna pulak.. maklumlah owg perempuan mmg sgt peka bab2 warna nie.. tp, kdg2 hiasan atau pakaian yang dikenakan macam x sesuai je kn utk sesuatu event mahupun tmpt.. ape2 pun,biarlah secara bersederhana.. ^_^ ok, jom kte lihat bagaimanakah warna-warna ini memainkan peranan dlm hidup kte...

Ungu - mengandungi keseimbangan merah yang merangsang dan biru yang menenangkan. kesan sesetengah tona ungu mungkin agak keterlaluan, tetapi penggunaan rona seperti pastel lavender untuk sesebuah bilik boleh memberi rasa segar. ungu juga menggambarkan ciri kemewahan dan kekayaan. tambahan dari itu, warna ungu dapat merehatkan minda dan membuat keputusan yang lebih rasional.

Biru - biru mencerminkan kepercayaan, tidak bergantung dan komited.biru juga menggambarkan keamanan kesejahteraan dan selamat. biru biasenya lebih mudah untuk dipadankan dengan banyak warna.biru juga dikenali sebagai warna bersih.

Kuning - kuning menyerlahkan suasana tawa riang, kegembiraan dan hari-hari yang indah. seseorang yang dikelilingi dengan warna kuning akan lebih optimis. walaubagaimanapu, tona kuning tidak boleh terlalu keterlauan kerana akan  menimbulkan rasa kurang selesa dan keletihan pada mata.

Hijau - hijau bermaksud semulajadi,subur,sihat dan muda. hijau terjadi daripada gabungan warna biru dan kuning iaitu gabungan warna sejuk dan hangat. kehijauan semulajadi memperlihatkan rasa segar dan nyaman. hijau juga dikaitkan dengan iri hati, tuah dan murah rezeki.



p/s : setakt ni dulu,ye.. untuk warna-warna seterusnya.. kte bertemu di entry akn dtg.. tunggu... ^_^

Saturday, July 9, 2011

Kisah Hati...

Salam...

erm.. lmenyer rasa x menulis di ruangan nie.. kekangan masa menyebabkan sy x berkesempatan utk menulis.. huhu.. xpelah.. selg ade mse, dan ade cerita yang nk diceritakan.. sy akn tulis.. dismping mengisi masa lapang.. erm.. kalau tgk tajuk entry ni.. mcm tajuk lagu la plak kn.. tp, bkn sy nk cte psl lagu tu.. huhu... ni kisah hati sy sendiri..

erm.. dlm mggu lepas... dpt call dr teman baik.. tbe2 dy nasihat sy supaya cube mulakn lgkh utk b'baik dgn 'si dia' yg telah lme xde dlm idup sy... mse 2.. sy x taw nk kate perasaan sy mcm mne.. mcm2 alasan sy berikn kpd teman baik sy 2.. utk tidak menghubungi 'si dia' semula..

erm.. hakikat sebenarnya.. hati sy sendir msih keliru... mmg sy akui.. sy x prnh pun lupekn 'si dia'.. tidaklah sy katekn setiap saat sy igtkn 'si dia'.. cume beberapa ketika, ble rasa sunyi.. automatik akn t'igt kat
'si dia' tu.. tp, sy denied sume perasaan yg muncul.. pd sy, sume itu hanya mainan perasaan je.. mungkin hanya sy je yg igt kat 'si dia'. ntah2 dy da buang sy jauh dr hidup dy.. mne x nye, kisah kami da b'akhir hampir 5 tahun yg lalu.. dan pd fikiran sy.. mmg xkn ade peluang utk hati kami b'satu kembali...


erm.. ntah pape je ek fikiran sy nie.. huhu.. x sepatutnya ade pemikiran mcm nie.. yg berlalu.. biarlah berlalu.. hampir kpd mustahil sesuatu yg dah b'lalu 2.. nk  b'ulang semula... mgkin dlm 1000, hanya 1 je yg jd.. jd, sy mntk maaf sgt2 kat teman baik sy 2.. sbb x dpt ikut nasihat dy.. bkn sy x menerima nasihat 2.. cume.. agak kurang rasional.. utk sy.. menghubungi 'si dia' itu.. sy seorg perempuan.. mgkn anda beranggapan, sy berfikiran kolot krn masih berfikiran demikian.. tidak mengapa.. fikirlah ape yg anda mahu.. sy tidak akan marah...

baiklah, setakat ni je la kisah hati saya..... thnx a lot 4 spending ur time to read it...

~~wassalam~~